Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
menjelaskan bahawa gesaan kontroversinya untuk memboikot peniaga Cina
tidak ditujukan kepada semua golongan itu.
Sebaliknya, katanya, ia hanya ditujukan kepada kumpulan itu yang enggan menurunkan harga barang seiring dengan harga baru petrol dan diesel bermula semalam.
“Ya,
kenyataan itu bukan ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi kepada
pemborong dan peniaga Cina yang masih tidak mahu menurunkan harga
walaupun harga minyak sudah turun,” katanya.
Harga baru bermula 1 Februari: RON95 RM1.70 seliter, RON97 RM2, Diesel RM1.70.
Harga baru itu ekoran penurunan 21 sen daripada harga asal untuk RON95, 23 sen untuk diesel dan 11 sen untuk RON97.
Penurunan itu berlaku ekoran kejatuhan berterusan harga minyak dunia.
Menulis di Facebook hari ini, Ismail Sabri berkata gesaan itu dibuat sebagai reaksi kepada kemarahan di Internet terhadap peniaga Cina yang degil.
“Jadi prinsipnya sama iaitu mereka yang majoriti dan gunakan kuasa majoriti dan tidak hanya merungut dan bercakap dalam FB (Facebook) semata-mata,” katanya.
Beliau juga berkata tindakan peniaga itu seolah-olah sabotaj untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.
Sebaliknya, katanya, ia hanya ditujukan kepada kumpulan itu yang enggan menurunkan harga barang seiring dengan harga baru petrol dan diesel bermula semalam.
Harga baru bermula 1 Februari: RON95 RM1.70 seliter, RON97 RM2, Diesel RM1.70.
Harga baru itu ekoran penurunan 21 sen daripada harga asal untuk RON95, 23 sen untuk diesel dan 11 sen untuk RON97.
Penurunan itu berlaku ekoran kejatuhan berterusan harga minyak dunia.
Menulis di Facebook hari ini, Ismail Sabri berkata gesaan itu dibuat sebagai reaksi kepada kemarahan di Internet terhadap peniaga Cina yang degil.
“Jadi prinsipnya sama iaitu mereka yang majoriti dan gunakan kuasa majoriti dan tidak hanya merungut dan bercakap dalam FB (Facebook) semata-mata,” katanya.
Beliau juga berkata tindakan peniaga itu seolah-olah sabotaj untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.
Polis akan panggil Ismail
Sementara itu, polis akan akan memanggil Ismail berhubung kenyataan
beliau itu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"PDRMsia akan panggil menteri pertanian untuk kita rakam percakapannya dalam isu ini.
"PDRM akan memastikan keharmoniam kaum dihormati," tulis Khalid di Twitter.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan