Dulu tak nak bercakap sekarang nak bercakap
PETALING JAYA: Polis tidak menolak kemungkinan kenyataan bekas komando, Sirul Azhar Umar di Australia dipengaruhi oleh pihak tertentu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tidak ada sebab pihaknya kena membuka semula kertas siasatan.
“Sirul sebelum ini diberi peluang tiga peringkat untuk dia tell all tapi tidak tell all. Saya bimbang dia dipengaruhi pihak berkepentingan..orang-orang tertentu dan pihak tertentu.
“Dulu tak nak bercakap sekarang nak bercakap,” ujarnya selepas menghadiri Ops Selamat di Tol Jalan Duta hari ini, lapor MalaysiaGazette.
Beliau mengulas kenyataan Sirul kepada sebuah portal yang mendakwa dia akan mempertimbangkan untuk membongkar kes Altantuya baru-baru ini.
Sirul Azhar kini dalam tahanan polis Australia tetapi tidak akan dihantar pulang ke Malaysia memandangkan negara berkenaan tidak menyokong hukuman mati kepada pesalah.
Sebelum itu, Sirul Azhar dan seorang lagi anggota UTK Azilah Hadri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan selepas keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh model Mongolia, Altantuya Shariibuu, ditolak.
Panel lima hakim sebulat suara mendapati Sirul dan Azilah bersalah dan hukuman gantung berkenaan dikekalkan.
Sirul tidak hadir ke mahkamah ketika hukuman tersebut dijatuhkan dan dipercayai berada di Australia sejak enam bulan yang lalu.
Dalam pada itu, Khalid memberitahu, apa pun terpulang kepada Sirul untuk mendedahkan apa yang dihajatinya dan biar masyarakat menilainya.
“Tidak ada sebab nak buka siasatan semula.Tengok apa dia (Sirul) nak dedah,” katanya.–MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan