MSTAR ONLINE
Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa'iz
Petra Sultan Ismail Petra (tengah) mengaminkan doa ketika menziarahi
kubur Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Tanah Perkuburan
Islam Pulau Melaka pada Khamis. --foto BERNAMA
Tengku Muhammad Faiz yang berangkat tiba pada kira-kira 5.30 petang, disambut isteri Allahyarham, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anaknya Nik Mohamad Abduh dan beberapa anggota keluarga yang lain.
Hadir sama bonda saudara Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Datuk Salwani Sultan Yahya Petra.
Baginda yang meluangkan masa kira-kira 20 minit di rumah keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz selepas itu menziarahi pusara arwah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan