Roketkini.com
KUALA
LUMPUR: Tindakan 1MDB ‘mengemis’ kepada jutawan Ananda Krishnan
untuk membayar hutang tertunggak bukan sahaja memalukan, malah
menunjukkan syarikat itu memang menghadapi masalah kewangan serius.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, langkah
terdesak tersebut juga membuktikan bahawa tidak ada institusi pinjaman
kini bersedia untuk memberi sebarang pinjaman kepada 1MDB berikutan
skandal kewangan mereka.
“Tindakan 1MDB serta kerajaan terpaksa tunduk dan
bergantung kepada hubungan baik dengan Ananda untuk menyelesaikan hutang
adalah sangat memalukan.
“Bukankah 1MDB sebelum ini mendakwa pelaburan kontroversi
mereka di Kepulauan Cayman berjumlah RM3.9 bilion sudah ditebus?”
soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
The Edge Financial Daily semalam melaporkan Ananda
bersetuju meminjamkan sehingga RM2 bilion kepada 1MDB sebagai bantuan
menyelesaikan hutang syarikat dengan Maybank Bhd dan RHB Bank Bhd yang
perlu dijelaskan akhir bulan ini.
Pinjaman RM2 bilion akan diperoleh selepas Ananda menyuntik wang ke dalam Powertek Investment Holdings Sdn Bhd (PIH).
Namun, langkah itu akan memberikan Ananda pegangan majoriti
terhadap PIH dan menyebabkan 1MDB kehilangan kawalan kepada PIH, sebuah
prospek yang tidak dapat dipertahankan dari segi politik.
Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP menambah, ia turut
akan memberi kelebihan kepada Ananda sekaligus menjadikan 1MDB sebagai
tebusan selepas ini. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan