Polis belum merancang membuka semula kertas siasatan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu sehingga Sirul Azhar Umar, yang didapati bersalah, mendedahkan maklumat baru.
"Kita tidak ada sebab mahu buka kertas siasatan baru kerana terpengaruh dengan desakan pihak-pihak tertentu.
Beliau mengulas kesediaan Sirul, yang kini ditahan di Australia, untuk membongkar rahsia di sebalik tabir kematian wanita Mongolia itu kepada media negara tersebut.
Dalam perbualan telefon dengan Malaysiakini baru-baru ini, Sirul bagaimanapun belum memutuskan untuk ditemubual tetapi sedang mempertimbangkannya dengan serius.
Beberapa stesen televisyen telah berhubung dengan Sirul, yang sedang ditahan pihak imigresen negara itu di Sydney.
Khalid juga menempelak sikap bekas anggota komando polis itu yang tidak mendedahkan perkara tersebut dalam siasatan awal kes itu.
"Kenapa sekarang baru hendak cakap semua pasal ini? Kalau dulu dia tidak mahu bercakap, kenapa sekarang baru hendak bercakap, hendak cakap pula perkara baru pula. Ini tidak logik," katanya.
"Saya bimbang ada pihak berkepentingan yang cuba pengaruhi dia perkara yang tidak betul kerana pihak yang berkepentingan ini tahu dia berada di Australia, (mereka tahu) kerajaan Australia tidak akan hantar dia balik.
"Saya bimbang (pendedahan) ini untuk kepentingan pihak-pihak tertentu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan