MALAYSIAKINI
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengharamkan penggunaan bekas
makanan styrofoam di kawasan Dataran Merdeka dalam usaha mewujudkan
Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya hijau.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata DBKL
dalam masa terdekat akan mewujudkan kempen kesedaran untuk menjadikan
bandar raya ini bebas daripada penggunaan bahan styrofoam.
DBKL akan memberikan pendidikan mengenai penggunaan bekas makanan yang lebih selamat dan mesra alam.
Dataran Merdeka meryupakan zon perintis untuk merealisasikan inisiatif
ini, katanya dalam sidang media mengenai 'Earth Hour' 2015 di ibunegara
hari ini.
Beliau juga berkata salah satu usaha ke arah menjadikan Kuala Lumpur
sebagai bandar raya hijau adalah dengan memperkenalkan laluan
berbasikal, yang juga merupakan persediaan kepada acara 'Cabaran Earth
Hour Bandaraya KL' tahun depan.
Ahmad Phesal berkata DBKL dengan kerjasama WWF Malaysia akan terlibat
dalam program WWF's Earth Hour City Challenge (EHCC) 2016 yang merupakan
pertandingan di antara bandaraya di seluruh negara dalam usaha untuk
mempromosikan tenaga yang boleh diperbaharui dan bersedia terhadap
perubahan iklim.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan