KUALA LUMPUR - Semua bahan bacaan termasuk surat khabar dikecualikan
Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selaras dengan usaha kerajaan
meningkatkan budaya membaca dalam kalangan rakyat.
Bagaimanapun, majalah dan buku-buku lain yang diklasifikasikan sebagai bukan bahan bacaan akan dikenakan GST apabila sistem percukaian baharu itu dilaksanakan pada 1 April ini.
Kementerian Kewangan, dalam kenyataan, hari ini, berkata sebelum ini diumumkan buku latihan, kamus, buku teks, buku rujukan, kitab agama, surat khabar termasuk surat khabar elektrik, buku bergambar, buku lukisan dan buku berwarna kanak-kanak dikenakan GST padar kadar sifar.
Selain bahan bacaan, bilangan ubat dikecualikan GST di bawah Senarai Ubat-Ubatan Penting Nasional diperluaskan daripada 2,900 kepada 4,215 jenama ubat sementara cadangan Kementerian Kesihatan untuk memperluaskan lagi jenis ubat yang dikecualikan GST bagi penyakit tertentu akan dikaji.
Kenyataan itu menyebut yuran penyelenggaraan dan "sinking fund" yang dikecualikan dari GST ke atas rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah diperluaskan meliputi semua jenis bangunan kediaman yang dipegang di bawah hak milik strata.
Kementerian itu juga berkata perkhidmatan pendidikan yang dikecualikan GST diperluaskan meliputi pendidikan kemahiran yang disediakan oleh penyedia latihan kemahiran yang menjalankan program yang dilulus dan ditauliahkan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006.
Dalam membantu kemudahan jagaan kesihatan swasta untuk mengurangkan kos untuk menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan, sebanyak 120 jenis peralatanperubatan yang dibeli oleh mereka diberi pelepasan GST.
Susu formula bayi yang dikecualikan GST adalah bagi kategori umur 0 hingga 36 bulan serta meliputi semua jenis perisa.
Semua jenis beras termasuk beras pulut, basmathi dan beras perang serta semua jenis gula seperti gula castor, kasar dan halus dikecualikan GST tanpa mengambil kira bentuk dan kaedah pembungkusan.
Badan bukan kerajaan dan institusi keagamaan yang terlibat sepenuhnya dalam aktiviti kebajikan atau keagamaan adalah tidak tertakluk kepada GST.
"Kementerian Kewangan berharap peluasan skop layanan GST pada kadar sifar, bekalan yang dikecualikan dan pelepasan di atas akan dapat memanfaatkan rakyat dan industri," tambah kenyataan itu. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan