MALAYSIAKINI
Beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam dijangka mengalami gangguan
bekalan air sementara mulai 31 Mac bermula 9 malam sehingga 7 pagi
keesokannya.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam kenyataan semalam
berkata gangguan berlaku berikutan kerja-kerja menaik taraf sistem
bekalan air.
Kawasan yang terlibat ialah Persiaran Batu Nilam, Jalan Batu Nilam,
Lorong Batu Nilam, Bukit Tinggi, Persiaran Botanik, Jalan Angsana, Jalan
Akasia, Jalan Penaga, Jalan Bidara, Jalan Kiara, Jalan Rhu, Jalan
Jenaris, Jalan Bungor, Jalan Cassia, Jalan Jasmin, Jalan Jejawi dan
Jalan Palma.
Katanya, para pengguna dinasihatkan agar membuat persediaan dengan
menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air
sementara itu dan menggunakan air dengan berhemah.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan