HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Mac 2015

Pergelutan di protes duduk, 6 aktivis ditahan

MALAYSIAKINI


 


Polis telah menahan enam aktivis, termasuk dua wakil rakyat, yang telah menganjurkan protes duduk berhampiran Dataran Merdeka.

Dua wakil rakyat itu ialah ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan ADUN Teja, Chang Lih Kang.

Ia ekoran berlaku pergelutan dengan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang cuba untuk menurunkan kain rentang yang menggesa pemecatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Semasa insiden itu, yang berlaku pada kira-kira jam 12.30 tengah malam, beberapa aktivis dibawa ke seberang jalan sebelum dimasukkan ke dalam kenderaan polis.

Malam tadi, DBKL telah memberi amaran kepada aktivis di situ supaya beredar menjelang tengah malam tadi. Protes duduk itu bermula pada 21 Mac.

Sebaliknya, aktivis berkenaan menghantar mesej menggesa para penyokong datang ke situ untuk membantu melindungi kain rentang dan peralatan perkhemahan.

Jurucakap Kita Lawan, Mandeep Singh memberitahu Malaysiakini, sekiranya dihalau dari situ, mungkin esok mereka akan kembali dengan kain rentang yang lebih besar.

Dua malam lalu, Kita Lawan telah mengantung kain rentang besar di persimpangan antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak.

Ia telah dibuang pagi semalam. Kita Lawan kemudian menggantung kain rentang yang lebih besar malam tadi.


Tiada ulasan: