HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 September 2015

Tidak faham erti pengorbanan walaupun pergi haji-Anina

 
Terdapat mereka yang berkali-kali pergi haji tetapi masih mementingkan diri sendiri sehinggga mengorbankan maruah agama, bangsa dan negara.


anina


PETALING JAYA: Masih ada individu yang tidak memahami erti pengorbanan yang sebenar walaupun sudah berkali-kali menunaikan ibadat haji.

Sindiran itu dibuat bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat, Anina Saadudin di laman Facebooknya.

“Ada umat Islam yang mementingkan diri sendiri sehingga mengorbankan maruah, nama baik keluarga, agama, bangsa dan negara.

“Kita hormati hari suci umat Islam ini untuk kesedaran, doa dan harapan,” katanya sempena ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Menulis mengenai kenyataannya, dia menjelaskan status di laman sosialnya tidak digunakan untuk memaki hamun dan mencerca golongan tertentu sebaliknya beliau mendoakan semoga mereka yang tamak haloba dengan kekayaan dan kuasa serta pangkat dunia supaya segera insaf dan kembali kepada fitrah kemanusiaan.

“Saya seru umat Islam dan rakyat Malaysia dengan penuh hormat untuk menyemai semangat pengorbanan dan kasih sayang supaya negara kita ini kembali aman, makmur dan tenteram di bawah payung kepimpinan yang lebih baik dan memahami denyut nadi rakyat,” katanya.

Anina Saadudin's Page
Writer · 11,320 Likes
· 14 hrs ·
Assalamualikum dan selamat malam.

Esok umat Islam akan menyambut perayaan Hari Raya Aidul Adha. Ianya juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji.

Bagi yang berkemampuan, mereka akan melakukan korban. Biasanya di Malaysia mereka akan mengorbankan lembu. Seekor lembu akan dibahagikan kepada 7 bahagian dan setiap individu boleh berkongsi 1 bahagian. Ada yang lebih berkemampuan, mereka akan mengorbankan seekor dan mungkin juga lebih. Daging-daging ini akan diagi...

See More
 
 

Tiada ulasan: