HALAMAN SANTAI

Sabtu, 5 Disember 2015

Bekas ahli DAP ingatkan PKR waspada terhadap Guan Eng

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: PKR harus berwaspada dengan serangan DAP terhadap parti itu yang diperlihatkan dalam isu lima ADUN PKR Pulau Pinang di kritik oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung kontrovesi  penambakan tanah di negeri itu. 
 
Hal itu ditegaskan oleh bekas veteran DAP, Rahmad Isahak sambil menambah pimpinan PKR, terutamanya presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak perlu termakan budi Guan Eng dan ayahnya Lim Kit Siang.
 
Beliau berkata serangan Guan Eng terhadap lima ADUN itu  "adalah isyarat awal dan persediaan ini harus diambil iktibar oleh kepimpinan PKR Pulau Pinang.
 
"Jika Presiden PKR (Wan Azizah) menganggap ia isu remeh-temeh kerana kebergantungan jasa baik Kit Siang terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka ia perkiraan yang silap," ujarnya kepada Antarapos.
 
Guan Eng mendakwa lima DUN PKR itu menikam DAP dan Pakatan Harapan apabila berkecuali dalam undi mengenai usul Barisan Nasional yang mendesak kerajan negeri mengetatkan proses penelitian sebelum meluluskan projek baru penambakan laut. 
 
Malah Setiausaha Agong DAP itu juga mendakwa PKR PKR Pulau Pinang berpecah belah dan ada ADUNnya yang mahu menjatuhkan Timbalan Ketua Menteri Rashid Hasnon. 
 
Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen dan ADUN PKR, Johari Abdul berkata isu lima wakil rakyat negeri itu sudah selesai selepas berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh mereka semua.
 
Rahmad dalam pada itu menggesa PKR untuk meneliti punca melontar tuduhan dan masuk campur dalam hal dalaman parti itu. 
 
"Jika beliau berjaya mengucar-ngacirkan kepimpinan hari ini,  mungkin sebahagian mereka yang berkecuali di dalam usul itu, berkemungkinan dua atau tiga orang daripada mereka, jika tak mampu masuk DAP, akan ditarik masuk ke Amanah," ujarnya.
 
"Perkara pokok yang menghantui Guan Eng adalah hakikatnya beliau sedar bahawa beliau berdepan dengan dilema kehilangan keyakinan, kepercayaan daripada kerajaan Pakatan Harapan sendiri.
 
"Beliau sengaja menggunakan isu lima ADUN PKR itu, ibarat sambil menyelam minum air untuk mewujudkan satu lagi agenda politik," katanya.
 
PKR sebelum ini mengambil ketetapan isu yang membabitkan wakil rakyatnya di Pulau Pinang sudah selepas, dan akan dibawa ke peringkat Pakatan Harapan sekiranya masih berbangkit.
 
 

Tiada ulasan: