KUALA LUMPUR: Parti Alternatif Rakyat
(PAP) yang baru ditubuhkan tidak akan menentang Pakatan Harapan (PH)
dengan syarat gagasan pembangkang itu mendaftarkan diri dengan
Pendaftar Pertubuhan seperti Barisan Nasional.
Presiden PAP, Zulkifli Noor berkata PAP juga tidak akan menentang BN
dan menawarkan diri sebagai PAP sebagai parti alternatif kepada rakyat
yang tidak menyokong parti-parti politik yang ada ketika ini.
"Kita tidak akan menentang BN dan kita tidak akan menentang Pakatan
Harapan jika ...ia didaftarkan," katanya ketika berucap di majlis
pelancaran PAP di sini hari ini.
Beliau yang juga bekas Niaib Pengerusi DAP berkata demikan di majlis pelancaran PAP di sebuah hotel di sini.
Kenyataan awal Zulkfli membayangkan parti itu berkemungkinan mencabar
DAP pada pilihan raya umum akan datang khususnya di Pulau Pinang yang
merupakan kubu kuat DAP sekiranya PH wujud atas nama saja dan tidak
menjadi badan politik berdaftar.
PH merangkumi DAP, PKR dan Parti Amanah Negara.
Zulkifli sebelum ini mengkritik lantang pucuk pimpinan DAP kerana
dasar-dasar parti itu yang di lihat sebagai tidak demokratik.
Pada 30 Oktober lalu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) secara
rasminya meluluskan permohonan Parti Alternatif Rakyat (PAP) untuk
beroperasi secara sah sebagai sebuah parti politik di bawah Seksyen
7(1), Akta Pertubuhan 1966.
Tambah Zulkifli, PAP sebuah parti yang berpegang kepada ideologi liberal demokratik.
"Kita juga akan berkerjasama dengan mana-mana pihak yang berfahaman ideologi liberal demokratik," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan