FERNANDO FONG
Presiden Kesedaran Alam
Sekitar Cameron Highlands (Reach), Ramakrishnan Ramasamy berkata,
cadangan untuk projek bernilai RM450 juta bagi membina kereta kabel
merentasi Cameron Highlands sepatutnya menghubungi hanya bandar
pelancongan utama. Foto fail TRP
CAMERON HIGHLANDS, Presiden Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), Ramakrishnan Ramasamy berkata, cadangan untuk projek bernilai RM450 juta bagi membina kereta kabel merentasi Cameron Highlands sepatutnya menghubungi hanya bandar pelancongan utama.
Dia akui, adalah sia-sia bagi pelancong
untuk hanya meletakkan kenderaan di Habu atau Kuala Terla kerana tiada
hotel di situ selain mempunyai kemudahan yang sangat sedikit untuk
pelancong.
“Sudah tentu anda tidak menjangkakan
mereka membawa bagasi menaiki kereta kabel sepanjang jalan ke Tanah
Rata, Brinchang dan Tanah Rata.
“Malah, mereka masih perlu memandu naik
dan ini tidak menepati tujuan untuk mengurangkan kesesakan trafik di
Cameron Highlands,” katanya kepada The Rakyat Post.
Ramakrishnan berkata, ada banyak
pemandangan untuk dilihat sebagai tawaran terhadap hutan yang ditebang
hanya untuk tujuan pertanian.
Dia turut mengeluh mengenai sungai dan tasik keruh di Cameron Highlands yang tercemar dengan sampah dan mendapan.
“Projek juga mestilah diteruskan secara teliti dan berhati-hati dengan mengambil kira kesan dan akibat ke atas alam semulajadi.
“Contohnya, bolehkah Cameron Highlands menghadapi pertambahan jumlah pelancong akibat daripada projek berkenaan.
“Bandar akan memerlukan hotel, restoran dan kemudahan awam termasuk jalan, tempat letak kereta dan pencahayaan,” katanya.
Cadangan membina kareta kabel bernilai
RM450 juta merentasi Cameron Highlands dengan lima stesen diilhamkan di
Cameron Highlands dalam Kajian Rancangan Tempatan 2030.
Rangkaian kereta kabel sejauh 15km itu
dianggarkan membabitkan purata kos RM30 juta bagi setiap kilometer, akan
menyambungkan Kuala Terla, Sg Palas, Brinchang, Tanah Rata dan Habu.
Lima stesen terbabit dianggarkan membabitkan RM100 juta kos lain.
Cadangan itu adalah usaha Jabatan
Persekutuan Perancangan Bandar dan Desa yang diharap dapat menyelesaikan
masalah kesesakan trafik di Cameron Highlands ketika cuti umum dan
hujung minggu.
Ramsamy kemudian mengakui bahawa projek
itu akan menjadi sia-sia jika kerajaan negeri tidak mewartakan Cameron
Highlands sebagai destinasi pelancongan yang akan membantu mengawal
penularan kegiatan pertanian.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
alam sekitar termasuk Reach mencadangkan kerajaan negeri Cameron
Highlands mewartakan sebagai destinasi pelancongan, namun tidak
diendahkan.
Beliau meluahkan harapan supaya kerajaan
negeri akan mendengar kritikal cadangan berkenaan dan bekerjasama untuk
mempelbagaikan pandangan penduduk tempatan.
Dalam perkembangan sama, Menteri Besar
Pahang, Datuk Seri Adnan, berkata kerajaan negeri tidak menolak
kemungkinan untuk mewartakan Cameron Highlands.
“Kami masih mengkaji mengenainya dan ada isu undang-undang yang harus kami atasi,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan