Isu Menteri Besar Kedah yang didakwa lebih banyak berada di Kuala Lumpur dan sukar ditemui di Kedah, dilihat sebagai punca hilangnya keyakinan para pemimpin Umno terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Timbalan Pengerusi Badan
Perhubungan Umno Negeri Kedah Senator Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
berkata isu itu seringkali dibangkitkan para pemimpin Umno Kedah tetapi
tiada sebarang perubahan atau tindakan dilakukan Mukhriz.
"Kami nak Pengerusi Perhubungan Umno diganti, secara
langsung Menteri Besar juga bertukar. Bukan saya seorang rasa, boleh
tanya pemimpin lain dalam Umno, MCA, MIC, Gerakan," katanya ketika
ditemui di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata di Alor
Setar, hari ini.
Suasana politik di Kedah 'panas' sejak beberapa hari
lepas apabila Mukhriz menerima tekanan daripada ADUN dan Anggota
Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan Umno negeri diketuai Ahmad
Bashah.
Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan
terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan
Perhubungan Umno negeri.
Ahmad Bashah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata
berkata pada peringkat awal Mukhriz menjadi Menteri Besar selepas
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 2013, Umno Kedah dilihat cukup kuat.
"Namun selepas pemilihan Umno (pada akhir 2013), mula
terasa. Ramai dakwa susah jumpa dia. Tak tau dia yang susahkan atau
orang sekeliling dia yang susahkan, sebab kena jumpa pegawai dia dulu.
"Pada satu ketika, mesyuarat perhubungan (Umno Kedah) di
Kuala Lumpur tahun lepas, 10 ketua bahagian (daripada 15) tidak hadir.
Tetapi tiada usaha daripada beliau (Mukhriz) untuk mencari punca masalah
itu," katanya.
Nafi dapat arahan
Beliau menafikan dakwaan kononnya beliau mendapat arahan pihak tertentu untuk secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz.
Nafi dapat arahan
Beliau menafikan dakwaan kononnya beliau mendapat arahan pihak tertentu untuk secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz.
Ahmad Bashah berkata kini terpulang kepada Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan Menteri Besar dan
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri yang baharu.
"Jika ada anggap saya mahu sabotaj beliau, saya boleh lakukan dulu
tetapi saya sokong dan beri laluan pada dia sedangkan sewaktu PRU dahulu
saya adalah Pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan Pengarah Pilihan Raya
BN negeri," katanya.
Sementara itu di Sungai Petani, ADUN Tanjung Dawai Datuk
Tajul Urus Mat Zain yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,
Pengangkutan dan Perumahan Negeri berkata beliau percaya akan terdapat
perubahan dalam pimpinan UMNO negeri dan kerajaan negeri.
"Kita percaya pucuk pimpinan parti akan buat pilihan terbaik, siapa saja dilantik kita terima," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan