HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Januari 2016

Dulu pemandu bas, kini jadi taukeh

Dulu pemandu bas, kini jadi taukeh
Ahmad Bashah mendengar penerangan mengenai pengendalian bas oleh kakitangan Intercitycoach.


ALOR SETAR - Pemandu bas patut mencontohi Bakar Mat (Pak Bakar) yang mempunyai tekad dan keazaman untuk berjaya dalam kerjayanya walaupun bermula dari seorang pemandu bas.

Beliau berani untuk mengubah kehidupannya dengan membuka syarikat pengangkutan sendiri sejak lima tahun lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sebagai bekas pemandu, Bakar mempunyai banyak pengalaman dalam memahami cita rasa penumpang dan orang ramai untuk membolehkannya meningkat kepada tahap lebih tinggi.

"Dengan pengalaman dari pemandu bas dan kini pemilik syarikat pengangkutan dapat memberi keyakinan kepada penumpang untuk terus memilih syarikatnya sebagai medium pengangkutan awam pilihan ramai,"
katanya ketika merasmikan sambutan ulang tahun kelima syarikat itu, Intercitycoach, di sini semalam.

Beliau turut memuji tindakan syarikat itu menyediakan kemudahan perkhidmatan bas terus dari Alor Setar ke Hatyai mulai 1 Februari ini.

Sehubungan itu,  beliau meminta syarikat pengangkutan lain menurunkan harga tiket selaras dengan harga semasa minyak yang rendah selain memberi diskaun kepada penumpang yang menempah tiket lebih awal.

Sementara itu, Bakar yang juga Pengarah Urusan Syarikat Intercitycoach berkata, orang ramai dapat menggunakan perkhidmatan bas dari Alor Setar ke Hatyai dengan harga tiket RM30 sehala sempena program Discover Kedah 2016.

Menurutnya, perkhidmatan itu akan beroperasi dua kali sehari iaitu jam 8 pagi dan 4 petang. Tempat menunggu ialah di Menara Alor Setar dan Hotel Lee Garden Plaza Hatyai

Tiada ulasan: