HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Januari 2016

Kadar GST dikekalkan pada enam peratus

SINAR HARIAN


Bajet GST


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikekalkan pada enam peratus.

GST mula dilaksanakan pada 1 April tahun lepas.

Najib, hari ini, mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 selaras dengan cabaran semasa situasi ekonomi global.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib bentang semula #Bajet2016 hari ini]

Pada pembentangan Bajet 2016 tahun lepas, kutipan GST dijangka meningkatkan hasil kerajaan sebanyak RM39 juta berbanding RM27 juta pada lapan bulan pertama 2015.

Terdapat sejumlah barangan asas disenaraikan sebagai item berkadar sifar GST, termasuk ubat belian terus, beras, binatang ternakan dan susu formula bayi. - Bernama

Tiada ulasan: