KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (PAN) berpendapat proses peralihan
kuasa ekoran kemelut dalam kerajaan negeri Kedah boleh dibuat menerusi
undang-undang Negeri Kedah yakni menerusi sidang DUN.
Menurut Naib Presiden PAN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, DUN Negeri
Kedah seharusnya mengadakan sidang khas bagi menentukan nasib Menteri
Besar negeri berkenaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"Kalau nak berlaku (pertukaran Menteri Besar Kedah) biar dilakukan
dalam Dewan (Undangan Negeri) bermakna adakan undi percaya atau tidak
percaya (terhadap Datuk Mukhriz Mahathir) dan diadakan di sidang DUN,"
katanya di lobi Parlimen.
Pakatan Harapan sebelum ini mengambil pendirian bahawa sidang DUN Kedah
harus diadakan bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap
Mukhriz.
Perkara itu dinyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail semalam setelah mengadakan Mesyuarat Pakatan Harapan.
"Kami (Pakatan Harapan) bila nak tukar Menteri Besar Selangor kami buat melalui undang-undang Negeri," jelas Mujahid lagi.
Mujahid berkata demikian merujuk kepada kenyataan Ketua Whip PKR, Datuk
Johari Abdul yang mendakwa bahawa krisis jawatan Menteri Besar Selangor
adalah lebih demokratik daripada yang berlaku di Kedah.
PKR kata Johari mempunyai alasan munasabah ketika itu untuk menukarkan
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai
Menteri Besar Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan