HALAMAN SANTAI

Jumaat, 1 Januari 2016

Pemandu rentung dalam nahas dekat Yong Peng

MALAYSIAKINI


 


Seorang pemandu kereta rentung manakala 20 penumpang termasuk pemandu bas berjaya diselamatkan dalam kebakaran susulan kemalangan antara kedua-dua kenderaan itu di Kilometer 124.5, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat Yong Peng, malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Mohd Lazim Abdul Rahman berkata mayat mangsa yang belum dikenal pasti itu, rentung berikutan keretanya terbakar 100 peratus.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 8.53 malam dan sebaik tiba di tempat kejadian pada 9.13 malam, kami dapati berlaku kebakaran melibatkan bas dan kereta yang telah terbakar keseluruhannya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Lazim berkata seramai sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng dan Timah Sari dikejarkan ke tempat kejadian.

Operasi memadam api tamat pada 11.20 malam ini, katanya.- Bernama


Tiada ulasan: