HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Januari 2016

Petugas media dilarang masuk Wisma Darul Aman

Petugas media dilarang masuk Wisma Darul Aman


ALOR SETAR - Petugas media dilarang memasuki bangunan Wisma Darul Aman, di sini untuk membuat liputan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Mesyuarat Exco kali ini menjadi tumpuan media berikutan konflik Menteri Besar Kedah yang berlanjutan sejak minggu lalu.

Difahamkan, larangan itu berkuatkuasa pada hari ini atas arahan pihak pengurusan.

Petugas media  yang mula berkumpul seawal jam 8.40pagi bagaimanapun hanya dibenarkan berada di luar pagar bangunan berkenaan.

Setakat jam 9 pagi belum ada mana-mana Exco yang kelihatan memasuki bangunan Wisma Darul Aman.

Bagaimanapun, Speaker Dun Kedah, Datuk Md Rozai Safian kelihatan memasuki bangunan tersebut kira-kira jam 9.25 pagi.

Tiada ulasan: