Oleh Adam Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Cubaan pemimpin UMNO Kedah yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar disifatkan sebagai suatu gerakan mafia.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan menjatuhkan Mukhriz itu hanyalah sebagai usaha untuk menyelamatkan UMNO dan bukannya mengatasi masalah rakyat.
“Saya sangat kesal dan kecewa tentang apa yang berlaku, kerana alasan yang diberikan adalah Mukhriz gagal mengukuhkan UMNO,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.
“Orang banyak masalah dengan Najib. Afdhalnya adalah kita menukar Perdana Menteri dan bukannya tukar Menteri Besar.
“Kelemahan Perdana Menteri lebih besar dari kelemahan Menteri Besar. Mengekalkan Mukhriz adalah lebih baik dalam keadaan sekarang,” tegasnya.
Selain itu, Mahfuz menyatakan jika Mahfuz berjaya disingkirkan, kerajaan yang bakal dipimpin kelak merupakan pimpinan dari ‘kertas tandas’.
“Tindakan menyingkirkan Menteri Besar itu tidak melalui proses demokratik. Jika berlaku perubahan nanti, saya akan anggap ia hanya boneka dan kerajaan kertas tandas,” katanya.~freemalaysiatoday.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan