HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Januari 2016

TPP: Pembangkang dakwa nama perjanjian samar

Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail


KUALA LUMPUR - Pembangkang mendakwa nama perjanjian yang digunakan iaitu Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) begitu samar ekoran hanya enam daripada 30 bab dalam teks perjanjian itu bersangkut dengan perdagangan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, nama perjanjian ini berbeza dengan perjanjian untuk Eropah yang menggunakan nama perjanjian Perkongsian Perdagangan dan Pelaburan Trans-Atlantic (TTIP).

"Hanya 6 daripada 30 Bab perjanjian TPP bersangkut dengan perdagangan (trade). Selebihnya berkaitan dengan hak dan perlindungan ‘pelabur’  (investor rights and protection) dan bab-bab 'bukan perdagangan' kerana itu saya mengatakan tajuk perjanjian TPP ini samar," katanya ketika membahaskan usul berkaitan TPP di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tajuk perjanjian itu sepatutnya lebih jelas.

"Kenapa di benua Asia yang pernah merasa dijajah ia diberi tajuk samar silap mata kesaksamaan iaitu perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik manakala di benua Eropah yang pernah merasa menjajah pula di beri nama perjanjian Perkongsian Perdagangan dan Pelaburan Trans-Atlantic (TTIP)?

"Seperti antara dua darajat nampaknya. Apa salahnya kalau kita minta yang lebih maju tandatangan dulu baru kita ikut itu pun kalau menguntungkan?," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan persoalan tentang tindakan kerajaan yang dilihat begitu pantas mahu menandatangani TPP.

"Walhal Perjanjian Malaysia 1963 mengambil masa lebih 50 tahun baru nak bincang tajuk-tajuk pelaksanaan," katanya.

Malah beliau menyifatkan sekiranya ahli-ahli Parlimen menyokong perjanjian itu, ia juga bermakn mereka bersetuju kedaulatan negara diswastakan kepada golongan 'Multi Nasional Corporation' (MNC).

"Lembu punya susu, MNC yang merasa. Rakyat sudah jelas dan sudah tahu apa keburukan dan akibat penswastaan itu. Ini adalah Trans-Pacific ‘Privatisation’Agreement (TPP) sebenarnya," katanya.


Tiada ulasan: