HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 Oktober 2017

Annuar Musa percaya Umno-PAS akan umum berita 'gembira'

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tan Sri Annuar Musa percaya Umno dan PAS akan mengumumkan 'berita gembira' bagi orang Melayu Islam tidak lama lagi.
 
Malah Ketua Penerangan Umno itu berkata kerjasama antara Umno dan PAS 'semakin erat' menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
 
Katanya situasi itu mungkin berlaku kerana kedua-dua parti mempunyai banyak persamaan meskipun terdapat perbezaan dari segi ideologi politik.
 
“Ada persamaan yang bertembung, seperti matlamat perjuangan kami, yang lebih penting. Kerana itu, saya jangka akan ada kerjasama antara Umno dan PAS daripada semasa ke semasa.
 
“Tunggu beberapa minggu atau bulan lagi bila pilihan raya makin dekat.
 
“Saya percaya kepimpinan Umno dan PAS akan mengumumkan tentang kepentingan agama yang akan menjadikan orang Melayu dan Islam gembira,” katanya pada dialog “Perjuangan4All” Umno di  Dewan Maktab Rendah Sains Mara di Pondok Upeh, Balik Pulau Balik Pulau malam tadi.
 
Pun begitu Annuar bertegas ia bukan bermaksud Umno akan menyertai PAS atau sebaliknya tetapi cukup sekadar bersama dalam isu-isu melibatkan kepentingan rakyat.
 
“Sebelum ini, PAS mencari jalan untuk memisahkan dirinya daripada Umno, tetapi di bawah kepimpinan sekarang, nampaknya ada perubahan. Mereka kini berfikir tentang apa persamaan yang kita ada.
 
“Sebenarnya, Umno dan PAS ada banyak persamaan. Mari kita raikan itu,” katanya.
 
Pemimpin PAS sebelum ini berkali-kali menegaskan PAS tidak akan sesekali menyertai Umno namun sekadar berkerjasama dalam isu-isu rakyat.
 
 

Tiada ulasan: