Oleh Shuhaniza Said
KUALA LUMPUR: Buktikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
Tun Dr Mahathir Mohamad telah 'membeli' Penasihat DAP Lim Kit Siang
dengan nilai RM1 bilion, kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.
Khalid berkata demikian mengulas dakwaan terbaru blogger kontroversi,
Raja Petra Kamarudin selain mendesak blogger berkenaan mengemukakan
bukti jika benar mahu menentang amalan rasuah.
“Bukan Kit Siang yang beli Mahathir? Kejap kata Dr Mahathir ikut Kit Siang, kejap kata Kit Siang ikut Dr Mahathir. Mana satu?
“Kalau ada bukti, dedahkanlah. Itu saja. Buat tuduhan tiada tuduhan
sedangakn kes yang jelas seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB),
itu pun Raja Petra diam.
“Jangan cerita la kalau kamu konon nak menentang rasuah sedangkan
berdiam diri isu 1MDB,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Amanah
hari ini.
Raja Petra menerusi blognya baru-baru ini mendedahkan bahawa Dr
Mahathir telah 'membeli' Kit Siang dengan nilai RM1 bilion sekiranya
bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Dr Mahathir.
Antara syarat berkenaan adalah untuk membenarkan PPBM sebagai salah
satu komponen Pakatan Harapan (PH), tidak mendedahkan apa yang
diketahuinya berhubung kerugian RM31.5 bilion Bank Negara kepada
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan menjamin kerusi selamat untuk
dimenangi anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada PRU14 akan datang.
Raja Petra turut mendakwa sebanyak RM750 juta telah dibayar kepada Kit
Siang di Singapura dan Hong Kong dan baki RM250 juta lagi akan
diserahkan setelah segala perjanjian dituruti.
Susulan pendedahan itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku
Ibrahim semalam mendesak Kit Siang menjawab dakwaan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan