SHAH ALAM: Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata beliau
tidak berhasrat untuk bertanding di kerusi Johor Bharu, kerusi yang kini
disandang oleh Tan Sri Shahrir Samad yang juga abang beliau.
"Tidak, saya tidak mahu menentangnya (Shahrir). Ini hanya akan melukakan hati ibu saya,"kata Khalid yang dipetik The Star.
Terdahulu timbul ura-ura bahawa Khalid mungkin bertanding di Johor pada
PRU14 selepas Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengesahkan
parti tidak menolak langkah itu dalam usaha memuktamadkan beliau
bertanding di Johor.
Bagaimanapun Salahuddin berkata, Amanah perlu berunding dahulu dengan PH kerana kerusi Johor Bahru merupakan milik PKR.
Salahuddin juga turut tidak menolak Presidennya, Mohamad Sabu akan
menjadi calon untuk bertanding di Shah Alam bagi menggantikan Khalid.
Bagaimanapun Khalid yang dihubungi Antarapos semalam berkata, keputusan
sama ada beliau akan meninggalkan kerusi Parlimen Shah Alam dan buat
julung kalinya bertanding di Johor dijangka dimuktamadkan hari ini.
Selain tidak menolak kenyataan Salahuddin Ayub, Khalid berkata perkara
berkenaan merupakan salah satu percaturan Pakatan Harapan (PH) atas
dasar memenangi sebanyak mungkin kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan