SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pihak yang membuat
dakwaan kononnya beliau membayar Lim Kit Siang sebanyak RM1 bilion
supaya dirinya dilantik mejadi pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai
"orang tidak siuman".
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu secara sinis
berkata, jika beliau mempunyai wang sebanyak itu, beliau tidak akan
hidup seperti apa yang dapat dilihat hari ini.
"Hanya orang gila saja boleh fikir yang saya ada RM 1 bilion ringgit.
Saya adalah perdana menteri yang mempunyai rumah lebih kecil berbanding
menteri biasa kerana saya hanya membelanjakan duit yang saya ada.
"Saya rasa Raja Petra tidak siuman, kalau dia siuman, tunjuk bukti,
jangan cakap macam itu saja," katanya menerusi kenyataan video yang
disiarkan di laman Facebook PPBM hari ini.
Raja Petra menerusi blognya baru-baru ini mendedahkan bahawa Dr
Mahathir telah 'membeli' Penasihat DAP itu dengan nilai RM1 bilion
sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Dr
Mahathir.
Antara syarat berkenaan adalah untuk membenarkan PPBM sebagai salah
satu komponen Pakatan Harapan (PH), tidak mendedahkan apa yang
diketahuinya berhubung kerugian RM31.5 bilion Bank Negara kepada
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan menjamin kerusi selamat untuk
dimenangi anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada PRU14 akan datang.
Raja Petra turut mendakwa sebanyak RM750 juta telah dibayar kepada Kit
Siang di Singapura dan Hong Kong dan baki RM250 juta lagi akan
diserahkan setelah segala perjanjian dituruti.
Susulan pendedahan itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku
Ibrahim kelmarin mendesak Kit Siang menjawab dakwaan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan