Oleh Ainor Rahim dan Wan Anis Ilyani Wan Mohamad Azhar
KUALA NERUS: Malam kemuncak Fastaqim 2.0 semalam turut mengisytiharkan
penyertaan Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah
Se-Malaysia (BERJASA) sebagai parti komponen baru gabungan Gagasan
Sejahtera (GAGASAN).
Penyertaan dua parti itu dilihat memantapkan lagi barisan blok ketiga
diterajui PAS dalam percaturannya mendepani Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa.
Timbalan
Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan dalam ucapan julung kalinya di
pentas Fastaqim berkata, keputusan bersama PAS merupakan keputusan
tepat atas status pemimpinnya yang 'bersih' dari rasuah, jika
dibandingkan dengan DAP.
Cheng Guan turut mengambil kesempatan membidas Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng, yang dakwanya dalam diam sedang 'mengintai'
jawatan tertentu seandainya Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
"Bagi pendapat saya PAS seratus peratus, seribu peratus lebih baik dari
DAP. Kerana apa? Kerana rasuah. Pemimpin DAP, Setiausaha Agung Guan Eng
didakwa di mahkamah. Itu dia kotor, dia tak bersih. Kalau dibanding
dengan pemimpin PAS. Mana ada yang kena tangkap rasuah.
"Ditangkap rasuah, tak mahu letak jawatan pula. Apa apa dia suruh orang lain letak jawatan. Itulah Guan Eng.
"Cina dalam DAP dia gila. Semua lebih kurang gila. Semua boleh saman
saya. Ini dia nak jadi Timbalan Menteri lah, Menteri lah, Perdana
Menteri lah. Kalau boleh semua kuasa dia nak rampas termasuk bapa dia
pun gila jugak. Bapa dia nak jadi Timbalan PM. Dia sedang berpakat
dengan 'Mr U-turn'," ujarnya merujuk kepada Penasihat DAP, Lim Kit
Siang.
Mengulas lanjut, beliau turut mengkritik pentadbiran DAP di Pulau
Pinang yang dakwanya semakin rancak 'menggadai' hak rakyat negeri itu,
meskipun baru memerintah selama dua penggal.
"Tanah-tanah di Pulau Pinang pun dia dah jual habis dah. Habis jual
kepada siapa? Orang Singapura. Kalau kita bagi dia perintah dua penggal
lagi, saya rasa rumput pun dia jual habis semua. Rumput pasir semua
habis tinggal pokok saja. Itulah DAP," tambahnya.
Pada
30 April lalu, Cheng Guan dilaporkan menyatakan bahawa PCM bersedia
untuk bekerjasama dengan PAS khususnya bagi menghadapi PRU14 untuk terus
mengukuhkan GAGASAN dalam memacu gerakan perubahan dan memimpin
kebangkitan rakyat.
Sementara itu, satu lagi komponen 'thirdforce' GAGASAN, BERJASA,
menerusi Timbalan Presidennya, Datuk Hashim Karim berkata partinya dan
PAS berkongsi matlamat yang sama iaitu memperkukuh kedudukan Melayu dan
Islam khususnya di Parlimen yang katanya semakin terhakis.
"Dalam PRU13 kita mula sebut tentang 'thirdforce'. Baru, parti kecil
nak jadi thirdforce. Rupanya Allah Maha Mendengar dan Maha MengetahuI.
Hari ini sudah jadi thirdforce. BERJASA dijemput masuk. Sekarang BERJASA
dah besar dah. Ini semua BERJASA, kita adik beradik. Tiada beza kita
akan bekerjasama. Apa berlaku kita kerjasama.
"Kita bertanding bawah satu logo bawah PAS. Mana PAS tak tanding kita masuk..Menang tak menang lain cerita.
"Apa kita punya matlamat ialah tak lain tak bukan untuk pertahankan
kedudukan Melayu di dalam Parlimen kerana lepas PRU 12 makin lama makin
hakis. Ahli Parlimen (Melayu) di parlimen makin kurang. Maka sebab itu
lah DAP sekarang ini makin kurang ajar. Dia tengok Melayu makin lama
kurang," katanya.
BERJASA yang ditubuhkan pada 1977 merupakan parti alternatif kepada PAS
di Kelantan dengan Yang Dipertua pertamanya adalah Allahyarham Datuk
Mohammad Nasir.
Dalam PRU 1982, BERJASA membentuk kerajaan bersama dengan Barisan
Nasional (BN) setelah menang enam kerusi DUN, namun tidak menyertai PRU
1986 kerana telah keluar daripada BN.
Ia kemudian telah bekerjasama dengan Angkatan Perpaduan Ummah sewaktu PRU 1990 sehingga 1999.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan