KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Klang akan mengalami gangguan bekalan
air mulai 24 hingga 27 Oktober depan ekoran kerja penggantian paip oleh
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).
Dalam notisnya menasihatkan pengguna menyimpan bekalan air secukupnya
sebelum kerja-kerja bermula pada 24 Oktober (Selasa) mulai pukul 9 malam
hingga 5 pagi bagi tempoh yang sama selama dua hari.
Antara kawasan yang terlibat dalam kerja-kerja gantian itu adalah Leboh
Sungai Keramat 13, Jalan Haji Sirat, Pekan Batu 4, Kapar itu termasuk
Taman Klang Utama dan Stesen Minyak Petronas Hentian Rehat Shahpadu.
“Manakala bagi kerja penyambungan paip di Taman Sentosa, Klang yang
dijadualkan bermula 26 Oktober pada pukul 9 malam hingga 7 pagi keesokan
harinya akan mengambil tempoh selama dua hari.
“Antara kawasan terjejas adalah Taman Sentosa, Jalan Raja Nong, Jalan
Jati, Taman Bendahara, Taman Bentara, Taman Temenggong, Taman Laksamana,
Taman Raja Nong, Taman Bijaya Kampung Jawa dan Hospital Pakar Sentosa,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan