SHAH ALAM: Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Shafie
Apdal direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula hari
ini, secara kebetulan pada hari lahirnya yang ke-60.
Shafie akan direman selama empat hari, demikian lapor FMT.
Perintah reman itu dikeluarkan majistret Cindy Mc Juce Balitus.
Shafie yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar terdahulu ditahan SPRM pada jam 9 malam tadi.
Beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu untuk diambil
keterangan mengenai siasatan berhubung projek pembangunan RM1.5 bilion
yang pernah dikendalikan Kementerian Kemajuan Luar Bandar.
Shafie pada hari ini tiba di mahkamah di Kota Kinabalu menaiki ambulans
selepas dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth II malam tadi untuk
rawatan selepas tekanan darahnya tinggi.
Dilaporkan tiga kek dibawa ke dalam mahkamah untuk meraikan sambutan kelahiran beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan