PASIR MAS: Kecewa dengan tindak-tanduk parti, seramai 50 ahli PAS dari
Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong hari ini mengumumkan keluar parti
dan menyertai Umno.
Surat pendaftaran itu diserahkan melalui ketuanya, Mat Zaid Junoh, 55,
kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa
Mohamed dalam majlis Jamuan Rakyat di Kampung Paloh, hari ini.
“Sejak kematian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat parti ini semakin bercelaru, PAS juga kekal dengan sikap menuding kesalahan kepada pihak lain.
“Saya tertarik dengan ikatan silaturahim sesama orang Umno terutama yang ditunjukkan oleh kepimpinan tertinggi.
“Walaupun aktif dengan PAS Cawangan Tepi Sungai Tendong sejak 29 tahun
lalu tapi sudah sampai masa saya masuk Umno dan jejak saya turut
disertai dua orang anak perempuan saya," katanya.
Mustapa, ketika mengulas hal itu berkata menjangkakan lebih ramai lagi
pihak yang akan menyertai Umno, lebih-lebih mendepani pilihan raya umum
akan datang.
"Angka 50 orang ini adalah jumlah yang agak besar, selalunya dalam empat hingga lima orang sahaja.
"Setakat ini kita dapat maklumat ada sahabat-sahabat kita di Pasir
Puteh dan Kuala Krai akan turut sama dalam perjuangan UMNO," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan