HALAMAN SANTAI

Selasa, 3 Oktober 2017

Pimpinan PPBM Bernilai Jutaan Ringgit

Suara Kebenaran


Tawaran RM 5 juta yang diberikan kepada Ketua Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman, membuktikan bahawa semua pimpinan PPBM hari ini adalah bernilai jutaan ringgit.

Baru Ketua Armada sudah RM 5 juta, bagaimana pula dengan yang lain?

Pakatan Harapan berharap pimpinan PPBM cekal dan menahan dari menerima tawaran yang begitu lumayan seperti ini.  UMNO nampaknya tidak kisah berhabis-habisan untuk memastikan parti serpihannya ini dihancurkan.

Mungkin Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohammad boleh memikirkan insentif yang lebih baik untuk memastikan tidak ada di kalangan pimpinan PPBM hari ini yang termakan dengan umpan lumayan dari UMNO ini.

Tidak kisahlah berapa sekalipun jumlahnya, yang penting lebih atau sekurang-kurangnya dapat menyaingi tawaran yang diberikan kepada pimpinan parti tersebut.

RM 5 juta bukan sedikit, banyak benda boleh dibuat dengan wang tersebut?

Tiada ulasan: