Menurut sumber yang rapat dengan Ketua Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman, sebetulnya beliau ditawarkan lebih dari RM 5 juta untuk meninggalkan PPBM.
Sumber berkenaan tidak mendedahkan jumlah sebenar yang ditawarkan kepada Syed Saddiq tapi dipercayai sekitar RM 10 juta.
RM 5 juta yang didedahkan semalam hanyalah bayaran permulaan, baki akan menyusul kemudian.
Syed Saddiq sengaja mendedahkan RM 5 juta sahaja untuk menjaga maruah UMNO dan Najib Razak. Tawaran seperti itu saja sudah salah dan apa akan berlaku kepada Najib dan UMNO kalau jumlah yang sebenarnya didedahkan?
Difahamkan juga Syed Saddiq tidak akan membuat laporan kepada SPRM kerana beliau beranggapan tawaran itu bukan rasuah sebaliknya seperti yang dikatakan dalam sidang media semalam, ia adalah sebahagian dari sistem dedak yang diamalkan dalam UMNO.
Syed Saddiq beranggapan dedak bukan rasuah dan dengan itu tidak ada keperluan untuk membuat laporan mengenainya. Walau bagaimanapun, beliau akan mendapatkan nasihat peguamnya dulu sebelum membuat laporan kepada SPRM kerana tawaran RM 5 juta ini perlu betul-betul ada unsur rasuah dari segi undang-undang.
Bagaimanapun, semua ini adalah bukti betapa bernilainya pemimpin Bersatu. Kalau Ketua Armada seperti Syed Saddiq pun boleh bernilai seperti itu, bagaimana pula dengan pimpinan PPBM yang lain?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan