KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yakin Kapten Izham Ismail yang
dilantik sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
(GCEO) Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan meneruskan usaha memulihkan
syarikat penerbangan itu.
Perdana Menteri menerusi catatan di laman rasmi Twitter beliau, malam
tadi berkata MAB ialah sebuah organisasi yang lebih daripada sekadar
syarikat penerbangan kerana ia membawa nama, imej dan jenama negara di
angkasa dan seluruh pelusuk dunia.
“Selamat maju jaya buat Kapten Izham Ismail, saya yakin beliau akan
teruskan usaha pulihkan MAS agar kembali berdaya saing, kukuh dan
menguntungkan.
“MAB lebih daripada sekadar syarikat penerbangan, ia bawa nama, imej
& jenama #Negaraku di angkasa raya dan ke seluruh pelusuk dunia.
Kebanggaan kita,” tulis Najib.
Terdahulu MAB dalam satu kenyataan semalam berkata Izham, yang pada
masa ini merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO), akan menyandang jawatan
GCEO pada 1 Disember 2017, selepas ketiadaan Peter Bellew, yang kini
diletakkan di bawah cuti pentadbiran.
Sementara Bellew melahirkan keyakinannya terhadap Kapten Izham Ismail
yang dilantik sebagai GCEO dan pengarah eksekutif syarikat itu.
Bellew, dalam catatan di laman Instagram beliau berkata Izham akan menjadi pemimpin unggul bagi Malaysia Airlines.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan