Oleh Nur Atiqah Samad
ALOR SETAR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad
menafikan bahawa beliau menghina keseluruhan masyarakat Bugis ketika
berucap di himpunan Anti-Kleptokrasi pada 14 Oktober lalu.
Beliau yang mempertahankan tindakannya itu berkata, ucapan berkenaan
hanya ditujukan kepada individu yang menyalahgunakan kuasa dan wang
rakyat.
“Saya tak hina orang Bugis, orang Bugis ada yang baik, tapi penyangak pun ada juga.
“Salah ke (cakap begitu)? Takkan orang Bugis nak kata kalangan orang
Bugis tak ada penyangak? Ada,” kata Dr Mahathir dalam ucapan di majlis
rapat umum di Dataran Stargate di Alor Setar malam tadi.
Pada himpunan Anti-Najib Sabtu lalu, Dr Mahathir menyebut Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkemungkinan berasal dari lanun
Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.
Susulan itu pada Rabu lalu, seramai 200 orang berketurunan Bugis
berhimpun di perkarangan Yayasan Kepimpinan Perdana menuntut Dr Mahathir
memohon maaf ekoran didakwa menghina bangsa mereka.
Malah, mereka juga tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada polis sekiranya Dr Mahathir gagal berbuat demikian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan