HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 Oktober 2017

SPRM kenalpasti 10 pegawai kementerian gelapkan dan lebih RM100 juta

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai sudah mengenal pasti sekurang-kurangnya lima pegawai kementerian yang mempunyai kaitan dengan 10 syarikat untuk menggelapkan dana lebih RM100 juta.
 
Portal New Straits Times melaporkan kesemua pegawai melakukan kegiatan beberapa tahun lalu dengan mewujudkan projek-projek yang tidak wujud.
 
Terdapat juga projek didakwa tidak dijalankan mengikut spesifikasi ditetapkan.
 
“Kes ini bukan sahaya mencuri dana yang sepatutnya disalurkan oleh pembangunan infrastruktur.
 
“Malah program makanan pelajar miskin juga tidak terlepas,” menurut sumber seperti dilaporkan akhbar harian itu.
 
Kumpulan pegawai kanan di kementerian yang tidak dinamakan itu dikatakan bekerjasama dengan beberapa syarikat untuk menyelewengkan peruntukan yang dimaksudkan untuk projek kerajaan yang bertujuan meningkatkan kebajikan dan infrastruktur masyarakat.
 
Mereka sekadar mengisytiharkan di atas kertas bahawa projek telah selesai, walaupun tiada apa yang dilakukan.
 
"Ini membabitkan puluhan projek dan inisiatif yang sepatutnya dilaksanakan untuk membantu golongan miskin, termasuk yang bernilai antara RM500 juta dan RM1 bilion," kata sumber yang biasa dengan perkara itu.
 
Oleh itu, sumber itu berkata, mereka dengan mudah telah menggelapkan kira-kira RM100 juta.
 
 

Tiada ulasan: