Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
KUALA LUMPUR: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed
Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa bahawa wujudnya rangkaian dedak yang
sistematik sedang digunakan untuk mempengaruhi pemimpin kanan keluar
meninggalkan parti.
Beliau juga mendedahkan bahawa tiga pengasas PPBM yang telah keluar
parti sebelum ini iaitu Kamarulazman Habibur Rahman, Anina Saaduddin dan
Datuk Hamidah Osman adalah individu yang didakwa turut menerima habuan
berkenaan.
"Cubaan untuk mengeluarkan saya daripada PPBM bermula, rangkaian dedak
ini ingin pastikan bahawa pengasas-pengasas dan pimpinan kanan
meninggalkan parti supaya lebih senang untuk perjuangan ini dilabel
sebagai perjuangan "peribadi" Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin.
"Pada bulan 12 tahun lepas saya dihubungi Cikgu Kamarul dengan niat
sama, pada ketika itu dia sudah goyang dan berniat tinggalkan parti.
Pada masa itu saya difahamkan ramai lagi pemimpin tertinggi yang
ditawarkan umpan yang sama dan masih sedang diumpan," Saddiq berkata
demikian dalam satu sidang media selepas mengumumkan menolak tawaran
belajar ke Universiti Oxford yang dakwanya ia juga merupakan usaha untuk
beliau keluar PPBM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan