SHAH ALAM: Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan
membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
esok berhubung pendedahan beliau yang ditawarkan habuan untuk
meninggalkan parti dan melanjutkkan pelajaran di Universiti Oxford.
Katanya, beliau akan merujuk perkara ini kepada pihak peguam terlebih dahulu.
"Saya akan berjumpa peguam saya sebelum membuat laporan esok.
"Saya akan membuat dua laporan berasingan; satu kepada polis berikutan
ugutan terhadap keluarga saya dan satu lagi kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tawaran sogokan," katanya
sehari selepas membuat pendedahan mengenai cubaan rasuah yang dilakukan
oleh pihak luar kepada pengasas PPBM.
Syed Saddiq pada sidang akhbar semalam, mendakwa dirinya ditawarkan
wang dan geran bernilai RM5 juta untuk menubuhkan sekolah debat di
seluruh negara oleh individu yang dikaitkan dengan Jabatan Perdana
Menteri.
Tawaran itu, dakwa Syed Saddiq, dibuat selepas dakwaan ugutan sebelum
ini terhadap diri dan keluarganya gagal meyaksikan beliau meninggalkan
PPBM.
Sementara itu, Syed Saddiq yang dipetik Malaysiakini memberitahu bahawa
beliau telah menghubungi Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan
Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan