HALAMAN SANTAI

Sabtu, 7 Oktober 2017

Tun M Perlu Tarik Balik Pengisytiharan Malaysia Sebuah Negara Islam

Suara Kebenaran



Sebelum Tun Mahathir mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dalam persidangan MCA tahun 2000, semua orang bersetuju bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Hakikat ini dikukuhkan lagi dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan 1988 oleh Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang mengesahkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Justeru, selepas menyucikan DAP dari semua label yang tidak baik seperti parti cauvanis, rasis dan sebagainya, Tun Mahathir perlu menarik semula pengisytiharan Malaysia sebuah negara Islam yang dibuat beliau dalam tahun 2000 itu.

Penarikan balik ini akan dijadikan tekanan untuk Najib turut tidak menggunakan label Malaysia sebuah negara Islam dimana-mana tempat dalam dunia yang dikunjunginya – buat malu saja.  Kerana status itu, ramai rakyat Malaysia menghadapi masalah untuk masuk ke negara seperti USA dan UK.

Malah isu larangan festival beer yang menjadi kontroversi baru-baru ini dipercayai ada kaitan dengan pengisytiharan Malaysia sebuah negara Islam yang dibuat Tun Mahathir pada tahun 2000 itu.
Ini perlu dilakukan dengan segera.

Tiada ulasan: