HALAMAN SANTAI

Sabtu, 23 Disember 2017

Najib: Saya tidak akan gadai kesucian Islam walaupun Trump ‘kawan baik’

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan beliau tidak akan menggadaikan prinsip dan kesucian Islam, walaupun mempunyai hubungan baik dengan President Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

“Ya, saya disambut baik di Rumah Putih. Ya, Trump kenalan baik saya tapi dari segi prinsip saya tak akan gadaikan kesucian Islam walau dalam apa jua keadaan wajib bagi kita (mempertahankannya).

“Jangan lupa prinsip pertama maqasid syariah itu apa dia? Prinsip pertama maqasid syariah memelihara agama, nombor dua baru nyawa, harta.

“Kalaulah Baitulmuqaddis itu dengan Masjid Al Aqsa kota suci umat Islam yang ketiga, maka wajiblah kita memperjuangkan Al-Aqsa, Baitulmuqaddis dan Al-Quds Al Syarif bebas dari cengkaman Zionis,” katanya semasa hadir Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis, di Masjid Putra di sini hari ini.

Najib berkata Perhimpunan solidariti hari ini akan menghantar mesej jelas kepada dunia bahawa umat Islam di Malaysia bersatu pertahankan Baitulmuqaddis.

“Perhimpunan solidariti pertahan Bailtulmuqaddis akan diadakan pada minggu ketiga setiap bulan di masjid-masjid seluruh negara,” katanya

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengisytiharkan bahawa resolusi Amerilka mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel adalah tidak sah dan terbatal selepas pengundian menyaksikan 128 negara termasuk Malaysia menolak keputusan Amerika itu dan sembilan lagi negara menyokong.

Sebanyak 35 negara lain mengambil pendirian berkecuali dalam sesi undian itu, manakala wakil 21 negara tidak hadir.

Terdahulu, sebelum pengundian 193 negara itu, Amerika menerusi Dutanya ke PBB, Nikki Haley mengulangi ancaman Presiden Trump untuk memotong bantuan kewangan kepada mana-mana negara yang menyokong resolusi berkenaan.

Haley juga menegaskan keputusan undian di PBB tidak akan membuat sebarang perubahan ke atas rancangan Washington memindahkan kedutaannya ke Baitulmuqaddis

Tiada ulasan: