KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, enggan
campur tangan dalam pengurusan Felda berhubung pemindahan hak milik
tanah strategik bernilai RM270 juta di Jalan Semarak, di sini.
Sebaliknya beliau yang juga Pengerusi Majlis Mesyuarat Tanah Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur percaya kepada badan berkanun itu untuk
menyelesaikan perkara itu dengan baik.
"Saya rasa itu urusan FELDA dan ia sedangkan diuruskan," katanya
ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pembukaan Pusingan U
EkoCheras bersebelahan Jalan Cheras.
Ali diminta untuk mengulas berhubung isu tanah FELDA selepas Pengerusi
FELDA, Tan Sri Shahrir Samad, menyatakan terpaksa meminta bantuan Ali
untuk bantu meletakkan Kaveat Persendirian untuk status tanah terbabit
dalam sidang media semalam.
Ia selepas usaha Felda meletakkan Kaveat Persendirian pada 28 Februari
lalu ke atas tanah itu dihalang atas alasan Felda tidak berhak, kerana
pemaju memiliki semua dokumen sah untuk pendaftaran.
Felda dilaporkan berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di
Jalan Semarak yang bernilai lebih RM200 juta apabila ia dipercayai
bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.
Tanah itu kini dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City
(KLVC) membabitkan tujuh menara, termasuk menara ikonik Felda dikenali
sebagai KLVC Tower1A.
Media yang memetik sumber melaporkan, dipercayai pindah milik tanah
itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd
(FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun
2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi
membangunkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan