KUALA LUMPUR: Perjuangan Malaysia terhadap isu Baitulmaqddis tidak akan
menjejaskan hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) terutama
soal keselamatan, kententeraan dan ekonomi.
Tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, ini
kerana kedua-dua negara cukup matang untuk membezakan kepentingan setiap
hubungan yang dijalinkan.
Malah beliau percaya AS selaku kuasa dunia tidak akan menggadaikan
kepentingannya dalam soal perdagangan dan diplomatik semata-mata
disebabkan isu Baitulmuqaddis.
Mengenai 'ugutan' AS untuk mengentikan bantuan kepada negara-negara
yang menolak hasrat memindahkan kedutaannya di Israel dari Tel Aviv ke
Baitulmuqaddis, Ahmad Zahid berkata, Malaysia bukanlah negara yang
terlalu banyak menerima banyak bantuan daripada AS.
"Setiap pihak harus membezakan antara hubungan diplomatik, perdagangan dan lain-lain kerana isu Baitulmuqaddis sangat spesifik.
"Kita faham AS akan mengasingkan perkara ini daripada setiap bentuk
hubungan yang lain," katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan
ke kilang baharu Datasonic Group Bhd., di sini hari ini.
Beliau pada masa sama menegaskan, pendirian Malaysia tidak akan
berganjak daripada menyokong hak Palestin terhadap Baitulmuqaddis serta
penolakan pemindahan ibu negara Israel ke kota suci tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan