HALAMAN SANTAI

Ahad, 7 Januari 2018

Anwar terlewat nak pegang jawatan penting, jika PH menang PRU14

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tidak sempat memegang jawatan utama kerajaan jika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) diadakan sebelum pembebasannya.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan menghormati keputusan mahkamah dan Jabatan Penjara yang mematuhi hukuman penjara yang dijatuhkan oleh mahkamah terhadap tahanan.
 
"Jabatan Penjara sentiasa mematuhi sebarang tempoh seseorang tahanan itu dan Kerajaan Malaysia tentunya akur dengan keputusan yang dijatuhkan mahkamah.
 
"Tempoh sesuatu hukuman harus dihormati semua pihak dan pada hemat saya, tarikh disebut (dalam) sidang media itu tarikh yang dijangka.
 
"Jika hari besar itu (PRU-14) dibuat lebih awal, mungkin agak terlewat untuk menjadi tokoh penting negara," katanya selepas melepaskan 2,300 peserta Larian Amal Antartika 2018 di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf, di sini, hari ini.
 
Ahmad Zahid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam, bahawa suaminya akan dibebaskan pada 11 Jun ini.
 
 

Tiada ulasan: