DETIK DAILY
SHAH ALAM - Kemunculan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam arena
politik negara dijangkakan tidak memberi kesan besar kepada Barisan
Nasional.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara
Malaysia (UUM), Md Shukri. Md Shukri berkata, sebaliknya ia memberi
'sengatan berbisa' buat Bersatu serta Tun Mahathir Mohamad.
"Anwar akan bukan lagi menjadi gugatan kepada BN...tetapi kita lihat ini
sebagai satu pertembungan idea dan pengaruh, jadi adakah Anwar akan
mengalah diketuai kembali oleh bekas bos beliau yang telah begitu
dikatakan "zalim" mengaibkan dan menganiayai beliau hingga dilucut
segala jawatan kerajaan dan parti.
"Jadi rakyat menanti bagaimana fenomena bertemunya dua bekas "dinasour
politik" BN ini dalam bentuk baru bersama-sama dipihak Pakatan," katanya
kepada Sinar Online hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan mengenai pembebasan Anwar pada 11 Jun ini.
Hari ini melaporkan Presiden Pakatan Harapan Datuk Dr Sri Wan Azizah Wan
Ismail memaklumkan, bahawa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal
dibebaskan daripada penjara tidak lama lagi.
Katanya, sekiranya tiada apa-apa masalah Anwar akan dibebaskan pada Jun ini.
"Insya-ALLAH Anwar dibebaskan pada 11 Jun," katanya dalam Amanat
Presiden Pakatan Harapan sempena Pelancaran Wanita Pakatan Harapan di
Dewan Sri Cempaka di sini hari ini.
Justeru Md Shukri berkata, pada pengamatan beliau adalah lebih elok jika
PKR dan Bersatu disatukan menjadi satu parti politik yang lebih kuat di
mana Tun Mahathir menjadi Presiden dengan Anwar sebagai Timbalan.
"Pasti sambutan akan lebih baik kerana ianya seakan klon kepada Umno atau BN era 1990-an dahulu," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan