GEORGETOWN: DAP berkata keputusan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk
Mahfuz Omar keluar parti itu pada semalam, disebabkan perjuangan PAS
yang semakin sesat.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata tindakan itu diambil Mahfuz
kerana kecewa PAS kini dilihat mesra berdampingan dengan Umno-Barisan
Nasional (BN).
"Jelas di sini bahawa Mahfuz hendak memastikan ada satu pakatan pembangkang yang kuat untuk melawan BN.
"Kerana, sudah nampak dari segi politik perjuangannya, politik PAS sesat. Sesat sampai dipuji oleh Umno.
"Kalau anda dari politik ini, di mana pembangkang dipuji baik oleh
parti pemerintah, maka lingkuplah," kata Lim pada satu sidang media hari
ini selepas majlis penyerahan cek kepada Hospital Kanser Mount Miriam
di Komtar.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata Mahfuz yang
mengambil langkah meninggalkan parti berteraskan Islam itu kerana mahu
sebuah pakatan pembangkang yang kuat menentang BN dalam PRU14 akan
datang.
Terdahulu Mahfuz, pada semalam mengumumkan keluar parti berkuatkuasa
11.59 malam tadi kerana kecewa usaha untuk menarik PAS bekerjasama
dengan gagasan pembangkang menemui kegagalan.
Bekas Ketua Penerangan PAS itu bagaimanapun tidak mengumumkan parti mana yang akan disertainya selepas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan