HALAMAN SANTAI

Sabtu, 6 Januari 2018

Jangan spekulasikan isu Felda – Hishammuddin

THE MALAYSIAN TIMES
 


KLUANG :  Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta supaya isu Felda  berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak di Kuala Lumpur tidak dispekulasikan oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata mereka sepatutnya menunggu sehingga perkara itu selesai disiasat pihak berkuasa.
“Biarlah siasatan berjalan macam  biasa.

“Kita  tidak mahu ada pihak  dihukum awal sama ada menerusi media atau media sosial,” katanya kepada  pemberita selepas majlis penyerahan van sekolah dan replika cek subsidi tambang bas pelajar Ladang Landak, Paloh di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas dan Anggota Parlimen Sembrong berkata beliau melihat masyarakat Felda  memahami agenda pembangunan yang dilakukan kerajaan untuk terus memastikan nasib mereka  terbela.

Menurutnya di Johor, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga amat komited membantu masyarakat Felda termasuk enam kawasan Felda di bawah Parlimen Sembrong.

Pada 21 Dis lepas, media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.

Tiada ulasan: