Merujuk
kepada laporan media mengenai kenyataan seorang pemimpin kanan parti
suci (Pas) Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berkata, memang wajar
parti tersebut tidak berdepan dengan masalah agihan kerusi bersama parti
sekutunya.
Pemimpin tersebut juga dilaporkan berkata, parti berkenaan bersama kumpulan Gagasan Sejahteranya tidak sibuk membincangkan jawatan seperti calon Perdana Menteri (PM) seperti Pakatan Harapan (PH).
Kata pemimpin itu, mereka tidak membincangkan soal jawatan kerana kambing belum bela lagi, jadi tidak usah bincang soal pembahagian untung,” kata Hanipa dalam status Fecebooknya semalam.
“Setuju sangat parti suci tak berdepan masalah nak bincang isu kerusi dengan sekutunya. Sebab sekutu dia tu bukan sahaja parti baru, tak dikenali malahan ada macam tiada.
“So, memang tak ada masalah nak bincang isu kerusi sebab dengan stail politik mereka sekarang ni, logiknya mereka pun ada masalah nak dapat keyakinan para pengundi.
“Lagi satu bila parti suci ada mentaliti selalu nak dominan dalam pembahagian kerusi malah dengan parti-parti besar seperti dalam Pakatan Rakyat (PR) dulu, dengan dua parti cilik dan baru ni, apalah sangat dua parti sekutu cilik tu boleh buat?
“Parti kamu tidak ada masalah itu bukan berita, kalau parti kamu ada masalah, itu baru dipanggil berita. Macam anjing kejar manusialah, itu bukan berita. Kalau manusia kejar anjing baru berita sheikh,” kata beliau.
Kata Hanipa, beliau bersetuju parti berbenaan tidak sibuk membincangkan soal jawatan bahkan sepatutnya tambah beliau, parti berkenaan tidak perlu sibuk bertanding pilihan raya dan lebih mulia jika menjadi seperti jemaah Tabligh atau sibukkan terus diri bagi “nyawa” kepada BN dan MO1.
“Parti atau pakatan politik yang patut sibuk bincang jawatan seperti PM jika pakatan seperti PH yang InsyaAllah berpotensi besar nak menang PRU dan tubuh kerajaan baru.
“Yang InsyaAllah berpotensi nak kalah, tak payahlah sibuk-sibuk bincang jawatan, buat habis beras je!
“Suka sangat buat ibarat binatang, takpelah, kita kena hormat. Bila ada kambing sekalipun yang dah sedia dibela, tapi kambing-kambing tu jenis tua bangka, suka berkubang di tempat-tempat kotor, suka pula berkawan dengan binatang liar, gila, ganas, jahat dan kotor memang tak perlu bincang isu bahagi untung, lebih aula fikir sampai bila kambing tu boleh survive,” kata Ahli Jawatankuasa AMANAH itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan