SHAH ALAM: Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata apa
sahaja alasan yang diberikan Datuk Mahfuz Omar untuk meninggalkan parti
semalam adalah semata-mata menutup tindakan yang sudah lama ingin
dilakukannya.
"Alasan yang diberikan Datuk Mahfuz Omar untuk meninggalkan Pas adalah tidak munasabah," katanya.
Takiyuddin memaklumkan menerima surat keluar parti dari Mahfuz pada jam
5.04 petang semalam dan mengesahkan Ahli Parlimen Pokok Sena itu bukan
lagi ahli PAS selepas jam 11.59 malam semalam.
Mahfuz yang bersama dengan parti tersebut sejak 34 tahun lalu
mengumumkan keluar daripada PAS dalam satu sidang akhbar berkuat kuasa
tengah malam semalam.
Beliau berkata, pada masa ini, beliau belum putuskan untuk menyertai
sebarang parti politik sehingga selesai tempoh bertenang bagi dirinya.
Mahfuz sebelum ini dilihat cenderung kepada Amanah apabila kerap kali
hadir menyokong program yang dianjurkan parti itu bersama Pakatan
Harapan (PH).
Malah Mahfuz pernah menyatakan kesediaan mewakili PH berbanding kekal bersama PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Mengulas lanjut perkara itu, Mohd. Amar berkata, beliau percaya Mahfuz
dan mereka yang sejenis dengannya akan tinggal sejarah dalam politik
tanah air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan