SHAH ALAM: 'Rakyat Ampang kenal saya', kata Ahli Parlimen Ampang,
Zuraida Kamaruddin selain yakin isu lama atau dakwaan skandal
membabitkannya tidak akan menjejaskan kepercayaan pengundi kawasan itu.
Beliau juga yakin pengundi akan kekal setia menyokongnya jika diberi
peluang untuk sekali lagi bertanding di kerusi Parlimen itu.
“Oleh itu, rakyat akan terus sokong kami,” katanya di petik portal FMT, hari ini.
Zuraidah sebelum ini dituduh hidup mewah dan mempunyai sembilan buah kenderaan.
Perkara itu dinafikan Zuraida sebaliknya menjelaskan beliau hanya
memiliki tujuh kereta dan sebuah motosikal yang didaftarkan di bawah
namanya, namun hanya sebuah daripada kenderaan itu digunakannya sendiri.
Jelasnya, tiga kenderaan lain digunakan ahli keluarganya dan baki tiga
lagi untuk kegunaan parti yang masing-masing dibiayai individu atau
pihak yang menggunakannya.
Zuraida dalam pada itu berkata PKR perlu memastikan semua kerusi yang
dimenanginya pada pilihan raya umum lepas dipertahankan sebelum
mengintai untuk turut bertanding di kerusi lain termasuk milik PAS.
“Kami akan menjalankan kajian prestasi dan pilih calon sesuai untuk bertanding di kerusi PAS di Selangor.
“Kami perlu mengekalkan kerusi Bukit Antarabangsa dan cuba mendapatkan Lembah Jaya, yang kini dipegang wakil PAS.
“Kami perlu mengekalkan apa yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu dan berjuang untuk merampas kerusi lain.
“Kali ini, ia benar-benar penting untuk kami mempertahankan Ampang
bersama kami kerana kami berikrar mahu menawan Putrajaya," katanya.
Zuraida ialah ahli Parlimen selama 2 penggal daripada PKR. Pada PRU
lalu, beliau menang dengan 41,969 undi menewaskan Rozaidah Talib
daripada Umno yang meraih 28,691 undi.
Pada 2008, beliau memenangi kerusi itu dengan 26,995 undi mengalahkan wakil Umno, Azman Wahid yang memperoleh 23,319 undi.
Walaupun kemungkinan besar berlaku pertandingan tiga penjuru, Zuraida berkata, peluang PKR menang adalah tinggi.
“Kami sentiada dalam ‘mood’ berkempen. Kami rapat dengan rakyat di peringkat akar umbi.
“Kami hanya menghadapi masalah tertentu berkaitan dasar kerajaan persekutuan terhadap warga asing.
“Saya sudah bangkitkan isu ini kepada kerajaan persekutuan di Parlimen
supaya mereka boleh menubuhkan sebuah badan mengenainya, tetapi belum
ada respons lagi,” katannya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan