KUALA LUMPUR: Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyindir tindakan Pakatan
Harapan yang mencalonkan seorang individu yang sudah berusia 92 tahun
sebagai Perdana Menteri sementara, seolah-olah gabungan itu tiada calon
lain.
Presidennya, Ariffin Salimon berkata, adalah sesuatu yang tidak masuk
akal untuk mencalonkan seseorang bagi mengisi jawatan tersebut sebelum
mengetahui pihak yang akan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)
ini.
“Kalau macam itu, jika kami (PRM) menang, kami pun berhak menjadi
Perdana Menteri,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PRM, di
sini hari ini.
Dalam sidang akhbar itu, Ariffin juga mengumumkan Bekas ADUN Teratai,
Jenice Lee Ying Ha akan menyertai PRM dan beliau akan bertanding bagi
kerusi Parlimen Pandan dan DUN Teratai dalam PRU--14 ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan