Oleh Shuhaniza Said
KUALA LUMPUR: 'Umno tidak pernah menunggang populariti saya', kata
Pengarah dan pelakon, Dira Abu Zahar yang juga Exco Pergerakan Puteri
Umno.
Malah Dira mendedahkan beliau tidak pernah mendapat layanan istimewa ketika bekerja meraih sokongan rakyat terhadap kerajaan.
“Saya rasa parti kerajaan sendiri paling kurang sekali ‘take a ride on
celebrity’. Saya sendiri dalam parti tidak dilambung sangat, orang Umno
sendiri tak ada guna saya untuk hentam di sebelah sana. Tak ada.
“Mereka hanya datang dan secara peribadi memberitahu bahawa ‘ucapan
anda bagus atau sekadar mengatakan keep going on and keep doing it,”
katanya kepada pemberita ketika menghadiri Empirical Talk anjuran NGO
Empirical Malaysia.
Ujar Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, adalah tidak salah
untuk seseorang artis memberikan pendapat namun mereka perlu menilai
tindakan dan kenyataan mereka terlebih dahulu, sama ada ia mewakili
suara sendiri ataupun ‘pihak’ lain.
“Jika seseorang ni bercerita tentang sesuatu yang berunsur
anti-kerajaan, kita lihat macam mana orang di sebelah sana guna perkara
itu. Jadi, anda mahu ia terjadi seperti itu? Anda dipergunakan, bukan
anda yang menggunakan. Jadi tepuk dada tanya selera.
“Siapa-siapa juga akan akan ambil ‘mileage’ jika terdapat mereka yang besar besar platform, pengaruh, peminat dan sebagainya.
“Sebab itu saya kata kalau nak cakap pasal kerajaan, pastikan kita
bercakap untuk diri kita bukan untuk pihak lain,” kata beliau.
Sebelum ini beberapa selebriti terkenal seperti Fathia Latiff dan Datuk
Sheila Majid menjadi tumpuan selepas dilihat mengeluarkan kenyataan
berbaur kritikan terhadap kerajaan.
Malah nama kedua-dua artis itu menjadi sebutan ketika Perhimpunan Agung
Umno 2017, Disember lalu, apabila dikatakan tidak memahami perbezaan
antara kos sara hidup dan gaya hidup.
Malah Dira sendiri ketika ucapannya di perhimpunan itu meminta Fathia agar ‘turun padang’ dan bukan sekadar menulis di Twitter.
Dalam pada itu, Dira menolak tanggapan kononnya kecenderungan terhadap politik mempengaruhi ‘periuk nasi’ artis.
“Anda tak sokong kerajaan pun dapat job, tak nyatakan sokongan pun, dan
tak buat apa-ap pun tetap dapat job.. stesen tv masih panggil, konsert
masih lagi dibenarkan.. teater pun masih dibolehkan.. saya sendiri
ketika itu tak tunjukkan (cenderung politik) pun ketika itu masih
dipanggil teater.
“Bila saya dah aktif parti politik, mungkin nampak kurang dan ada kata
tak laku. Tapi kena kurangkan sebab kita bagi tumpuan kepada benda lain
“Alhamdulillah rezeki itu masih ada, saya yang pilih jalan untuk tak
aktif secara komersial.. tak ada kena mengena pun sokong atau tak sokong
dengan dapat atau tak dapat pekerjaan,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan