Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) hari
ini mendedahkan bahawa 149 daripada keseluruhan 150 premis makanan nasi
kandar di negeri ini tidak mempunyai pensijilan halal.
“Manakala sebuah premis lagi setakat ini masih dalam proses permohonan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Cakna Halal di Seremban, hari ini yang turut dihadiri Mufti Negeri Sembilan, Mohd Yusof Ahmad.
Dalam pada itu, beliau menyarankan mana-mana premis makanan yang belum memiliki pensijilan halal perlu mengemukakan permohonan bagi mengelakkan keraguan masyarakat.
“Bagi premis makanan Melayu di negeri ini, tiada satu pun yang mempunyai sijil halal. Jadi kita minta untuk mereka ini memohon persijilan halal," katanya.
Katanya, lima aduan diterima JHEAINS bagi tempoh tiga bulan tahun ini, berkaitan keraguan pengguna mengenai sijil halal yang dipamerkan premis tertentu.
“Pemantauan bersama agensi kerajaan yang lain akan dilakukan dari semasa ke semasa, untuk memastikan premis-premis makanan di negeri ini mempunyai sijil halal,” katanya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan